Info Penting : Inilah Sebab Mengapa Rasulullah SAW Melarang Membunuh Semut? Inilah Sebabnya Mungkin Ramai Yang Tak Tahu.









Bolehkah kita membunuh semut dengan racun sedangkan semut merupakan
salah satu dari binatang yang dilarang oleh Rasulullah SAW dari
membunuhnya.





Masalahnya, semut terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sinki dan disoket lampu.





Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.





Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan, bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?





Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas r.a. dia berkata, "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Shurad."





Hadis ini menunjukkan hukumnya haram membunuh empat jenis binatang tersebut atau memakannya.





Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan
tidak pula satu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau
sebab tertentu yang boleh meringankannya.





Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika
kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti
gigitan dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya dengan penyapu, jika
ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.





Jika ia mempunyai sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah. Setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat kembali sarangnya.





kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah ditempah oleh
nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. "Assalamualaikum
rakyat Nabi Sulaiman A.Ş .. Ini rumahku .. Aku mahukan kebersihan ..





Anda adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya .. Jika kamu mahu membuat sarang untuk
meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan
dengan rumahku supaya kamu selamat "..





Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect / sheildtox / bakar semut2 tu. Kita
tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman A.Ş .. sebab
semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg
sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.
sepanjang masa.





Usaha yang kita lakukan adalah untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.





Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan Rasulullah SAW yang kita tidak mampu memahaminya secara pasti.





Wallahu a'lam.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post